Saturday, November 15, 2008

Cuti Sekolah

Hari ini 15 November 2008 bermula lah cuti sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.

Selepas keputusan UPSR diumumkan pada 13 November 2008,ramai ibu-bapa yang mengambil cuti atau cuti setengah hari dan ada juga masok ke pejabat sedikit lewat dengan izin bos di pejabat.

Ada keputusan yang mengembirakan dan ada juga tidak mengembirakan.

Ibu-bapa juga mempunyai perasaan yang sama seperti pelajar-pelajar iaitu perasaan yang berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diterima.

Alhamdullilah kepada rakan sepejabat saya,dimana anak beliau mendapat 5A.Tahniah kepada beliau.

Ada juga rakan sepejabat dimana anak beliau mendapat 2A 3B.Juga adalah keputusan yang agak baik.

Saya nasihatkan beliau tidak terlalu kecewa dengan keputusan anak nya itu sebab tiada siapa pun yang mahu keputusan sebegitu.

Sekurang-kurangnya anak beliau masih juga mendapat keputusan 2A. Masih ada harapan untuk maju kerana masih ada dua lagi peperiksaan yang besar untuk anak beliau menunjukan prestasi yag baik.

Insyaallah,jalanraya di Kuala Lumpur akan sedikit lenggang dengan bermulanya cuti sekolah ini.

Saya mungkin akan sampai ke pejabat akan sedikit awal dari hari-hari biasa kerana tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke sekolah diwaktu pagi.

Cuti sekolah juga adalah waktu ibu-bapa akan sibuk mencari idea untuk membawa anak-anak berjalan. PENING kepala sebab ekonomi tidak berapa bagus.Perbelanjaan yang agak banyak juga untuk membawa anak-anak bercuti.Tetapi itu semua kita tidak ambil peduli sangat kerana demi anak-anak,kita sanggup untuk membuat apa-apa sahaja.

Kalau orang-orang yang berada(duit banyak lah kiranya),plan percutiaan adalah diluar negara atau sekurang-kurangnya kepada yang tinggal di Semenanjung akan membawa anak-anak bercuti ke Sabah atau Sarawak,begitu juga sebaliknya.

Tetapi kepada yang kurang berkemampuan,mungkin Port Dickson atau Melaka destinasi yang paling diminati ramai untuk orang-orang yang tinggal di Kuala Lumpur.

Anak-anak saya sudah menyuarakan keinginan meraka untuk bercuti di tempat kesukaan meraka iaitu di Pantai Timur terutamanya di Cherating atau Awana Kijal.

Insyaallah,jika ada rezeki lebih akan saya dan isteri membawa mereka bercuti kesana.

Akhir kata,Selamat Bercuti kepada anak-anakku dan anak-anak sahabat sekalian.

1 comment:

  1. Cuti sekolah ni saya cadangkan saudara Sham bawalah anak-anak bercuti ke Pulau Langkawi dan lawatlah ke tempat-tempat seperti Dataran Lang (Eagle Square), Underwater World Langkawi, Mahsuri's Mausoleum, Gunung Mat Cincang, Gunung Raya,Langkawi Coral,Pantai Cenang,Pulau Payar Marine Park ,dan shopping kat Duty Free Shop (Kuah Town). Pastinya akan lebih mengembirakan lagi percutian kali ini. Ini hanya cadangan saya sahaja untuk percutian dalam Malaysia.

    ReplyDelete