Saturday, November 15, 2008

Cuti Sekolah

Hari ini 15 November 2008 bermula lah cuti sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.

Selepas keputusan UPSR diumumkan pada 13 November 2008,ramai ibu-bapa yang mengambil cuti atau cuti setengah hari dan ada juga masok ke pejabat sedikit lewat dengan izin bos di pejabat.

Ada keputusan yang mengembirakan dan ada juga tidak mengembirakan.

Ibu-bapa juga mempunyai perasaan yang sama seperti pelajar-pelajar iaitu perasaan yang berdebar-debar dengan keputusan yang bakal diterima.

Alhamdullilah kepada rakan sepejabat saya,dimana anak beliau mendapat 5A.Tahniah kepada beliau.

Ada juga rakan sepejabat dimana anak beliau mendapat 2A 3B.Juga adalah keputusan yang agak baik.

Saya nasihatkan beliau tidak terlalu kecewa dengan keputusan anak nya itu sebab tiada siapa pun yang mahu keputusan sebegitu.

Sekurang-kurangnya anak beliau masih juga mendapat keputusan 2A. Masih ada harapan untuk maju kerana masih ada dua lagi peperiksaan yang besar untuk anak beliau menunjukan prestasi yag baik.

Insyaallah,jalanraya di Kuala Lumpur akan sedikit lenggang dengan bermulanya cuti sekolah ini.

Saya mungkin akan sampai ke pejabat akan sedikit awal dari hari-hari biasa kerana tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke sekolah diwaktu pagi.

Cuti sekolah juga adalah waktu ibu-bapa akan sibuk mencari idea untuk membawa anak-anak berjalan. PENING kepala sebab ekonomi tidak berapa bagus.Perbelanjaan yang agak banyak juga untuk membawa anak-anak bercuti.Tetapi itu semua kita tidak ambil peduli sangat kerana demi anak-anak,kita sanggup untuk membuat apa-apa sahaja.

Kalau orang-orang yang berada(duit banyak lah kiranya),plan percutiaan adalah diluar negara atau sekurang-kurangnya kepada yang tinggal di Semenanjung akan membawa anak-anak bercuti ke Sabah atau Sarawak,begitu juga sebaliknya.

Tetapi kepada yang kurang berkemampuan,mungkin Port Dickson atau Melaka destinasi yang paling diminati ramai untuk orang-orang yang tinggal di Kuala Lumpur.

Anak-anak saya sudah menyuarakan keinginan meraka untuk bercuti di tempat kesukaan meraka iaitu di Pantai Timur terutamanya di Cherating atau Awana Kijal.

Insyaallah,jika ada rezeki lebih akan saya dan isteri membawa mereka bercuti kesana.

Akhir kata,Selamat Bercuti kepada anak-anakku dan anak-anak sahabat sekalian.

Friday, November 14, 2008

Panglima Perang

Terbaca didalam sebuah blog sahabat saya 3 hari lepas berkenaan dgn Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ibarat memilih Panglima Perang untuk PRU 13.

Saya bersetuju dengan pendangan beliau tetapi apa yang ditulis oleh beliau telah saya komen tetapi sayang beliau tidak menyiarkan pandangan saya didalam blog beliau.Mungkin beliau sibuk atau terlepas pandang tentang komen saya.

Apa yang saya komen adalah berkenaan dengan satu para iaitu "Wang ringgit kali ini tidak boleh diambil kira untuk kita memilih pemimpin, sekiranya golongan muda masih lagi memilih pemimpin hanya berdasarkan wang ringgit, nescaya kita tidak akan memperolehi Panglima perang yang kuat dan membela UMNO pada PRU13." ( Dengan Izin saudara R )

Komen saya pada ketika itu adalah ianya adalah sama dengan politik wang.Politik wang pandangan saya adalah amat menjijikkan kerana saya sendiri mengalaminya.

Pada masa kini,trend untuk pemilihan pemimpin adalah berlainan sama sekali.Kawan atau sahabat yang kita kenal dari kecil hingga dewasa tidak boleh menentukan samada meraka boleh memilih kita sebagai pemimpin.

Kerja atau komitmen kita kepada parti selama ini tidak akan diambil kira.
Kepimpinan dan keikhlasan untuk berjuang tidak lagi menjadi kriteria untuk memilih pemimpin terutamanya di peringkat cawangan dan bahagian.

Kita menawarkan diri untuk menjadi calon untuk berkhidmat untuk ahli-ahli secara ikhlas.Tetapi perwakilan sekarang ini sudah terbalik pemikiran mereka, meraka akan bertanya berapa meraka boleh dapat kalau meraka mengundi atau memilih kita sebagai pemimpin.

Tidak perlu pemimpin-pemimpin atasan berkompang atau bising tentang politik wang.

Diperingkat cawangan lagi perkara sebegini telah terjadi.

Insyaallah,saya akan menulis lagi tentang politik wang diperingkat bawahan ini.

Kepada yang mempunyai infomasi sila memberikan komen didalam blog ini.

Mulanya Disini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Hari ni adalah detik sejarah untuk diri saya sebagai seorang penulis didalam blog.

Selama ini bukannya saya tidak pernah menulis tetapi hanya sebagai seorang pelajar dan pekerja,tetapi penulisan kali ini pada diri saya adalah untuk kepuasan diri saya sendiri.

Mungkin penulisan didalam blog ini akan mengembirakan atau menyinggung perasaan orang tapi itulah dia diri saya.

Saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit yang hanya pandai bermuka-muka.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang menjadi sumber inspirasi saya untuk menulis.

Ada beberapa nama yang perlu saya ucapkan terima kasih.

Yang pertama adalah isteri saya-Wan Nor Azura ( I love you soooo much )
dan anak2 saya Puteri Balqiah Aqilah,Puteri Dayana Aqilah dan Megat Danish Aqil.

Kedua - A Kadir Jasin ( Blog pertama sekali yg saya baca hingga sekarang)

Chedet ( Tak perlu lah kita nak tanya siapa dia-satu dunia kenal dia)

Utarawan( Mr Zukri Velentino- sound like Italian tapi Orang Melayu kita ni- The best article yg dia tulis dan yang paling saya suka - The Best Nasi Kandar in The World)

Razlan - sahabat saya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Kuda Kepang dan Kuda Ranggi.

Blog-blog ini lah yg selalu saya baca bila ada kesempatan.

Mungkin nama blog saya ini tidak berapa menarik dan nampak kelakar kerana saya adalah peminat setia kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Blog ini juga tidak menumpukan kepada kepada sesuatu kategori kerana itu nama blog ini " Hantam Sajer Lah Labu" supaya saya dapat menulis apa-apa sahaja yang terlintas dihati dan perasaan saya.

Saya memerlukan komen dan pendapat dari sahabat-sahabat,kawan-kawan,pembaca-pembaca dan blogger yg berpengalaman untuk membantu saya supaya dapat menulis dangan lebih baik.

Sekian. Wassalam